TRADERTOWN.my

yen picture
Gambar oleh AFP

Yen Jatuh 3 Minggu Berturut-Turut!

Mata wang Yen sedang bersedia untuk menuju ke paras terendah dalam tempoh 2 tahun untuk sesi pasaran hari ini. Yen susut 2.6% berbanding dolar AS untuk minggu ini.

Sebelum ini mata wang Yen telah turun sehingga mencecah ke paras terendah dalam tempoh 6 tahun.

Antara punca penurunan mata wang negara matahari terbit ini ialah kadar faedah yang rendah dan peningkatan kos import.

Hasil Bon Kerajaan Jepun 10 Tahun mencecah 0.235% pada hari Jumaat, menghampiri had atasnya sebanyak 0.25%.

Keadaan inflasi di Jepun juga mencatatkan kenaikan tahunan terpantas dalam tempoh 2 tahun.

Sementara itu, mata wang komoditi pula bersedia untuk mencatatkan peningkatan tertinggi dalam tempoh 2 minggu berturut-turut berbanding Dolar. Peningkatan ini didorong oleh kenaikan harga eksport barangan komoditi global.

Mata wang Euro pula mencatatkan peningkatan kecil minggu ini. Hal ini berikutkan kebimbangan konflik di Ukraine akan meninggalkan kesan negatif kepada ekonomi Eropah menerusi kenaikan harga barangan makanan dan tenaga.

 

Adakah Yen sebagai mata wang safe haven akan kekal bertahan dalam krisis ekonomi global ini?

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *