TRADERTOWN.my

Mengenai TRADERTOWN.my

TRADERTOWN.my merupakan portal media khas berbahasa Melayu yang berkongsi mengenai berita dan perkembangan terkini industri dagangan komoditi antarabangsa.

Setiap berita dikupas dengan teliti dari aspek politik, ekonomi dan pasaran supaya mudah untuk difahami oleh segenap lapisan masyarakat. Sesuai sebagai bahan bacaan harian untuk anda yang dahagakan kupasan isu semasa dunia komoditi.

Misi Kami

Di TRADERTOWN.my, kami percaya bahawa setiap pembaca berhak untuk mendapatkan informasi terkini dunia dagangan komoditi dalam bahasa yang mudah difahami. Setiap perkongsian kami berbentuk ringkas dan padat.

Portal

Mula bertapak pada tahun 2020 sebagai satu-satunya portal berbahasa Melayu yang berkongsi perkembangan terkini khas dagangan komoditi dunia.

Artikel

Lebih daripada 100 artikel diterbitkan sehingga kini dengan hampir 5 hingga 10 artikel diterbitkan setiap hari bagi memenuhi keperluan pembaca.

Penulis

TRADERTOWN.my kini memiliki seramai 3 orang penulis berpengalaman dalam industri dagangan komoditi yang memfokuskan kepada penulisan berita, rencana dan analisa teknikal.

Disebalik TRADERTOWN.my

TRADERTOWN.my diterajui oleh para penulis muda yang berjiwa besar dan kental dalam usaha menyampaikan informasi dalam bentuk yang lebih mudah kepada segenap lapisan masyarakat.

Penulis

Rajaie Halim

Penulis

Atika Khalid

Penulis

Mohd Razeef

Penulis

Kongsi Melalui: