TRADERTOWN.my

Politik

syarikat gas rusia
Gambar oleh Andrey Rudakov | Bloomberg | Getty Images

Syarikat Gas Rusia Ugut Sekat Bekalan Gas Ke Ukraine

Gazprom PJSC mengugut untuk memotong bekalan gasnya ke Eropah yang melalui Ukraine pada minggu hadapan. Gazprom PJSC merupakan syarikat tenaga multinasional yang dimiliki oleh Rusia. Tindakan ini dilihat kejam memandangkan cuaca sejuk mula melanda kebanyakkan negara Eropah dan majoriti daripada mereka telah mula mengawal penjualan gas runcit. Laluan Ukraine itu merupakan perpaipan terakhir yang membawa […]

Kongsi Melalui:

Syarikat Gas Rusia Ugut Sekat Bekalan Gas Ke Ukraine Read More »

ribut picture
Gambar oleh pgjonline.com

Ribut Laut Hitam Punca Kekurangan Bekalan Minyak Mentah?

Produk eksport minyak Rusia dan Kazakhstan menerusi Konsortium Perpaipan Caspian (CPC) daripada Laut Hitam dijangka akan berkurang sehingga 1 juta tong sehari. Ini melibatkan kira-kira 1% penghasilan minyak mentah global. Potensi penggurangan eksport minyak ini adalah disebabkan oleh dermaga yang rosak akibat ribut. Ribut di bahagian Laut Hitam di Rusia telah menyebabkan kerosakan kepada peralatan

Kongsi Melalui:

Ribut Laut Hitam Punca Kekurangan Bekalan Minyak Mentah? Read More »

dolar picture
Gambar oleh Onur Coban/Anadolu Agency/Getty Images

Dolar Sendu, Pelabur Masih Menanti Keputusan Fed

Dolar Amerika Syarikat (USD) turun menghampiri ke paras terendah dalam 1 minggu berbanding 6 mata wang lain. Kejatuhan Dolar A.S ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada minggu ini. Mata wang Euro pula menunjukkan sedikit kenaikan kerana pelabur kekal optimis terhadap penamatan krisis geopolitik di Ukraine meskipun rundingan

Kongsi Melalui:

Dolar Sendu, Pelabur Masih Menanti Keputusan Fed Read More »

minyak mentah turun picture
Gambar oleh Getty Images

Minyak Mentah Turun: Bolehkah Rusia Bergantung Harap Dengan China?

Harga minyak mentah turun semasa sesi pembukaan pasaran. Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 1.6% kepada $110.85 manakala niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) juga turun 2.2% kepada $106.92 setong. Antara punca penurunan harga minyak mentah ini adalah pelabur agak lega dengan kemungkinan bekalan minyak akan kembali pulih. Hal ini kerana, Rusia dijangka akan mengadakan

Kongsi Melalui:

Minyak Mentah Turun: Bolehkah Rusia Bergantung Harap Dengan China? Read More »

rundingan picture
Gambar oleh nytimes.com

Rundingan Rusia-Ukraine Gagal: Emas Akan Naik Lagi?

Emas turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Namun begitu, emas sedang bersedia untuk naik selepas rundingan antara Rusia dan Ukraine masih menemui jalan buntu. Niaga hadapan emas naik 0.58% kepada $1988.75. Pelabur beralih kepada aset safe haven seperti emas setelah insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu. Emas naik sehingga 8.5% dalam

Kongsi Melalui:

Rundingan Rusia-Ukraine Gagal: Emas Akan Naik Lagi? Read More »

euro picture
Gambar oleh KRISZTIAN BOCSI/BLOOMBERG NEWS

Euro Kekal Stabil, Pelabur Masih Menanti Keputusan Bank Pusat

Mata wang Euro kekal berada pada paras stabil meskipun kebanyakkan pelabur menjangkakan ianya sukar untuk naik selagi krisis Rusia dan Ukraine berterusan. Namun begitu, pelabur masih menantikan keputusan polisi terkini oleh Bank Pusat Eropah yang akan dikeluarkan pada hari Khamis ini. Sementara itu, mata wang Dolar Amerika Syarikat turun semasa sesi pagi pasaran Asia. Indeks

Kongsi Melalui:

Euro Kekal Stabil, Pelabur Masih Menanti Keputusan Bank Pusat Read More »

harga minyak picture
Gambar oleh bloomberg.com

Harga Minyak Terus Naik, Bijakkah Tindakan Barat Sekat Rusia?

Harga minyak naik semasa sesi pasaran hari Selasa. Harga minyak mentah Brent naik melepasi $126 setong manakala niaga hadapannya pula naik 2.49% kepada $126.28. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) pula naik 1.92% kepada 121.69 setong. Kenaikan mendadak harga minyak mentah ini disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap bekalan minyak mentah global. Hal ini

Kongsi Melalui:

Harga Minyak Terus Naik, Bijakkah Tindakan Barat Sekat Rusia? Read More »

euro jatuh picture
Gambar oleh Shutterstock

Dolar Naik Tapi Euro Jatuh, Eropah Kalah Dengan Rusia?

Mata wang Dolar Amerika Syarikat naik semasa sesi pagi pasaran Asia berbanding mata wang Euro yang mencatatkan paras paling teruk berbanding Dolar dalam masa 9 bulan. Antara punca mata wang Euro jatuh adalah peningkatan harga komoditi disebabkan oleh sekatan ekonomi terhadap Rusia. Rusia sebelum ini telah dikenakan sekatan ekonomi daripada kebanyakkan negara barat sebagai tindak

Kongsi Melalui:

Dolar Naik Tapi Euro Jatuh, Eropah Kalah Dengan Rusia? Read More »

emas picture
Gambar oleh unsplash.com

Rusia Dan Ukraine Bakal Berunding, Macam Mana Dengan Nasib Emas?

Emas naik perlahan semasa sesi pagi pasaran Asia. Niaga hadapan emas naik 0.3% kepada $1906.45. Kenaikan ini didorong oleh permulaan rundingan gencatan senjata antara Rusia dan Ukraine. Kedua-dua negara ini memulakan gencatan senjata masing-masing berhampiran sempadan Belarus. Namun begitu, setakat ini masih belum ada lagi petunjuk Rusia akan menghentikan pencerobohahnnya ke atas Ukraine. Sementara itu,

Kongsi Melalui:

Rusia Dan Ukraine Bakal Berunding, Macam Mana Dengan Nasib Emas? Read More »

rouble picture
Gambar oleh tellimer.com

Rouble Rusia Junam, Barat Menang Perang Ekonomi?

Mata wang Rouble Rusia turun ke rekod terendah. Namun begitu, mata wang Dolar naik semasa sesi pagi pasaran Asia. Indeks Dolar Amerika Syarikat naik 0.75% kepada 97.345. Antara punca penurunan mata wang Rouble Rusia ini adalah disebabkan oleh sekatan ekonomi terhadap Rusia. Kebanyakkan negara barat telah menghalang bank Rusia daripada menggunakan sistem pembayaran global SWIFT.

Kongsi Melalui:

Rouble Rusia Junam, Barat Menang Perang Ekonomi? Read More »