TRADERTOWN.my

apa itu saham global picture
Gambar oleh foursquare.com

Apa itu saham global? – Boleh ke kita beli Apple, Facebook?

Apa itu saham global?

“Boleh ke kalau kita nak beli saham Apple, Facebook?

Jawapannya mestilah boleh! Saham ini termasuk dalam saham global. Tapi sebelum itu, kita kena kenali dulu apa itu saham global?

Saham terbahagi kepada tempatan dan global. Saham tempatan bagi sesebuah syarikat berstatus Berhad diapungkan di Bursa Malaysia. Saham global pula diapungkan di pasaran global. Contoh yang paling popular adalah New York Stock Exchange (NYSE).

NYSE merupakan pasaran saham terbesar di dunia berdasarkan isi padu permodalan pasaran yang didagangkan. Ianya merupakan tempat bagi menjual dan membeli stok korporat dan sekuriti. Antaranya senarai popular yang ada di NYSE ialah Dow Jones Industrial Average, S&P 500 dan lain-lain.

Pasaran saham ini ditubuhkan di 68 Wall Street pada tahun 1792 sebelum diambil alih oleh Intercontinental Exchange (ICE) pada Jun 2013 dengan symbol NYSE:ICE dan mempunyai lebih 2000 pekerja.

Sejarah permulaan NYSE

Sejarah penubuhan NYSE bermula pada 17 Mei, 1792 di bawah sepohon pokok buttonwood di 68 Wall Street. Seramai 24 broker dan peniaga telah menandatangani perjanjian yang dinamakan sebagai Buttonwood Agreement yang menggariskan panduan untuk perdagangan sekuriti.

Stok pertama yang disenaraikan dalam pasaran ini adalah Bank of New York. Pengasas menamakan organisasi mereka sebagai New York Stock & Exchange Board sebelum memendekkan nama tersebut kepada New York Stock Exchange pada tahun 1863.

Ketika itu hanya lelaki sahaja yang terlibat dalam jual beli dagangan sebelum Muriel Siebert yang merupakan wanita pertama yang dibenarkan terlibat dalam perdagangan stok di NYSE.

NYSE mula didagangkan secara awam pada April 2006 dan menggunakan sistem dagangan eloktronik.

Pada tahun 2007, NYSE bergabung dengan European New Exchange Technology (Euronext) bagi membentuk NYSE Euronext dan berkapasiti dalam membenarkan perdagangan sehingga 10 bilion saham sehari. NYSE Euronext juga memainkan peranan dalam 3 entiti ini iaitu NYSE Arca, NYSE Bonds dan ICE Futures Europe.

Pada tahun 2008, NYSE memiliki American Stock Exchange (AMEX) dan menukarkan namanya kepada NYSE American, memfokuskan kepada syarikat yang mempunyai permodalan pasaran yang kecil.

 

Nak belajar cara trade saham global? Klik sini

kelas saham

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *