TRADERTOWN.my

Gambar oleh Carlos Barria

Batal sana, batal sini?

Minyak jatuh pada Rabu pagi waktu Asia setelah Presiden Amerika Syarikat (A.S), Donald Trump membatalkan rundingan terbaru pakej ransangan serta bekalan minyak mentah yang lebih banyak dari dijangka.

Niaga hadapan Brent mengelincir 1.83% kepada $41.87 dan West Texas Intermediate (WTI) jatuh 2.14% kepada $39.80.

Trump mengakhiri rundingan mengenai pakej ransangan bersama Demokrat pada Selasa lalu menerusi ciapan di laman sosial Twitter.

Selasa lalu, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan kenaikan inventori minyak mentah sebanyak 951,000 barel untuk seminggu berakhir pada 2 Oktober.

Menurut Ketua Pemasaran Strategik AxiCorp, Stephen Innes berkata bahawa ini bukanlah sesuatu yang dijangka setelah pasaran minyak merundum selepas Trump memusnahkan harapan untuk perjanjian stimulus pra-pilihanraya.

Walau bagaimanapun, bekalan minyak akan dikawal untuk menggurangkan lebih banyak kerugian akibat daripada kejatuhan harganya.

Sementara itu, Taufan Delta yang menghala ke Teluk Mexico telah mengakibatkan syarikat tenaga bertungkus lumus untuk menjaga keselamatan platform penghasilan di luar pesisir dan memindahkan pekerja mereka ke tempat yang lebih selamat.

Sesetengah syarikat di kawasan tersebut, yang mewakili kira-kira 17% jumlah pengeluaran minyak mentah A.S telah pun ditutup buat kali ke-6 pada tahun 2020.

Menyeberangi Atlantik, Kesatuan Buruh Lederne berkata pada Selasa lalu bahawa mogok pekerja minyak akan berterusan sehingga 10 Oktober ini melainkan jika ada perjanjian semula tentang gaji. Mogok itu mengakibatkan 6 syarikat minyak dan gas ditutup, menjejaskan kira-kira 8% kapasiti pengeluaran Norway.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *