TRADERTOWN.my

Gambar oleh Leonhard Foeger

“Potong lagi bekalan!”

Putera Mahkota Mohammed bin Salman dan Presiden Russia, Vladamir Putin menggesa agar penggeluar OPEC+ kekal kepada keputusan memotong bekalan.

Menurut Agensi Akhbar Saudi, kedua-dua pemimpin itu menilai keadaan minyak dalam pasaran global dan usaha dalam memastikan keseimbangan dapat dicapai dan menyokong pertumbuhan ekonomi global.

Kedua-dua negara itu bersetuju akan kepentingan peranan negara pengeluar minyak untuk  kekal bekerjasama dan mematuhi perjanjian OPEC+ untuk kebaikan pengeluar dan pengguna.

Dengan harga minyak yang sukar untuk mencapai paras $40/barel dan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, pasaran tertanya-tanya sama ada OPEC+ akan teruskan pemotongan pengeluaran seperti yang dijadualkan. OPEC+ dijadualkan akan bermesyuarat pada 30 November sehingga 1 Disember untuk membuat keputusan sama ada menggurangkan penggeluaran daripada 8 juta barel sehari kepada 6 juta barel sehari menjelang Januari 2021.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *