TRADERTOWN.my

Gambar oleh ImageChina

Rongsheng selamatkan minyak mentah Timur Tengah

Penanda aras minyak mentah Oman dan Dubai kukuh pada hari Rabu lalu setelah Petrokimia Rongsheng menyambar kargo untuk penghantaran pada bulan Disember dan Januari sebagai persiapan bekalan.

 

Rongsheng, salah sebuah cabang daripada Petrokimia Zhejiang, telah membeli sekurang-kurangnya 3.5 juta tong minyak mentah Upper Zakum Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan 1.5 juta tong minyak mentah al-Shaheen daripada Qatar melaluui tender yang ditutup pada Selasa lalu.

 

Menurut sumber, kargo itu kemungkinan dijual pada harga premium lebih daripada 50 sen setong kepada Dubai berdasarkan harga yang dihantar.

 

Rabu lalu, Rongsheng dikatakan telah membeli lagi 2 juta tong minyak mentah Oman daripada Occidental. Selain itu, syarikat itu juga telah membeli 1 juta tong minyak mentah daripada Basra Light dan Upper Zakum dari Petrochina.

 

Pembelian Rongsheng ini membantu meringankan kerugian apabila bekalan bulan sebelum ini tidak berjaya untuk dijual sepenuhnya.

 

Sementara itu, PV Oil telah menutup pusingan pertama bidaan untuk bekalan minyak mentahnya bagi separuh tahun pertama.

 

Viva Energy Group Ltd berkata bahawa pihaknya menjangkakan sektor penapisan akan kerugian untuk suku ketiga dan akan membuat keputusan untuk pelan jangka masa panjang pada Disember ini kerana prospek jangka masa panjang masih tidak menentu.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *