TRADERTOWN.my

Gambar oleh Spencer Platt

5 perkara penting yang anda perlu tahu tentang NFP

Tahukah anda berita Laporan Pekerjaan Non-Farm Payroll (NFP) adalah antara analisis fundamental yang memberi impak besar terhadap pasaran?

 

Ini adalah 5 perkara wajib yang anda perlu tahu tentang NFP.

 

  1. Laporan Pekerjaan NFP adalah ukuran bulanan yang dikeluarkan oleh Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (A.S) untuk data bagi pekerjaan yang bergaji. Namun, pekerjaan dalam bidang perladangan, kakitangan kerajaan, pekerja sendiri dalam isi rumah dan organisasi bukan berasaskan keuntungan tidak termasuk dalam data ini.

 

  1. Data ini dikeluarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan.

 

  1. Instrumen kewangan yang terkesan dengan berita data ini ialah A.S Dolar, minyak mentah, ekuiti dan emas.

 

  1. Sekiranya data NFP melebihi jangkaan, ini bermaksud ekonomi mengukuh. Jadi pelabur akan melabur menerusi pembelian A.S Dolar.

 

  1. Sebaliknya, jika data NFP kurang daripada jangkaan, ini bermaksud ekonomi menguncup. Jadi pelabur akan mempunyai sentimen yang mata wang A.S Dolar tidak kukuh. Oleh itu, mereka akan cenderung untuk menjual A.S Dolar.
Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *