TRADERTOWN.my

Gambar oleh Ali Haider

Syarikat gergasi minyak masih menangis!

Syarikat penyedia perkhidmatan medan minyak terbesar di dunia, Schlumberger (NYSE:SLB) melaporkan kerugian suku kali ini buat kali ketiga berturut-turut. Kerugian ini disebabkan oleh kekurangan penggerudian di Amerika Syarikat (A.S) dan tempat lain oleh syarikat eksplorasi dan penghasilan minyak. Kekurangan ini didorong oleh faktor harga minyak yang rendah dan permintaan minyak yang kurang.

Shlumberger mencatatkan kerugian $82 juta untuk suku ketiga. Namun, kerugian ini masih lagi dikira kecil berbanding kerugian suku kedua lalu sebanyak $ 3.434 bilion berikutan penurunan dramatik pendapatan untuk minyak syal dan caj penurunan nilai aset. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Schlumberger, Olivier Le Peuch, suku itu merupakan suku paling mencabar sepanjang dekad ini.

Pendapatan Schlumberger menurun sebanyak 2% secara berurutan, dengan Amerika Utara menurun sebanyak 2% dan pendapatan antarabangsa menurun sebanyak 1%.

Jika dibandingkan dengan suku tahun lalu, pendapatan menurun secara lebih dramatik, iaitu 59% di Amerika Utara dan 27% di lain-lain tempat.

Penglibatan Shlumberger di Amerika Utara adalah lebih rendah berbanding syarikat Halliburton. Bulan lalu, Schlumberger dikatakan telah menjual sebahagian kepentingan perniagaanya di Amerika Utara kepada Liberty Oilfield Services.

Di Amerika Utara, keadaan dijangkakan akan berada dalam momentum yang sama, diikuti dengan aktiviti pengoperasian semula penggerudian di A.S dan Kanada.

2 suku selepas ini dilihat sebagai jangka masa transisi yang sukar bagi industri minyak secara global ketika ini. Jangkaan yang malap ini juga disumbang oleh faktor gelombang COVID-19 yang dijangka akan lebih teruk selepas ini.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *