TRADERTOWN.my

Gambar oleh Google Earth

5 perkara yang anda perlu tahu tentang Inventori Minyak Mentah

Kita sering terdengar mengenai konsep permintaan dan pengeluaran dalam sesuatu pasaran. Contoh harian terdekat adalah seperti menjelang hari raya, pastinya harga ayam akan menjadi mahal kerana permintaan yang tinggi untuk bekalan yang terhad.

 

Tetapi, tahukah anda, dalam minyak mentah kita juga mengamalkan konsep yang sama iaitu dipanggil data Inventori Minyak Mentah?

 

Ini 5 perkara asas yang perlu anda tahu tentang Data Inventori Minyak Mentah:

 

  1. Data Inventori Minyak Mentah Amerika Syarikat (A.S) dikeluarkan secara mingguan oleh Energy Information Administration (EIA).

 

  1. Data ini mengukur jumlah tong minyak mentah komersial yang dipegang oleh firma A.S.

 

  1. Jika bacaan sebenar data lebih daripada jangkaan, bermaksud permintaan terhadap minyak mentah adalah kurang. Jadi harga minyak mentah akan menjadi rendah (menurun).

 

  1. Jika bacaan sebenar data kurang daripada jangkaan, bermaksud permintaan terhadap minyak mentah adalah tinggi. Jadi, harga minyak mentah akan menjadi mahal (menaik).

 

  1. Antara penyumbang terbesar kepada data ini adalah data daripada inventori minyak mentah di Cushing, A.S. Hal ini kerana Cushing merupakan hab penyimpanan terbesar di A.S bagi minyak mentah komersial seperti NYMEX West Texas Intermediate (WTI).
Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *