TRADERTOWN.my

Gambar oleh Johannes Eisele

China demam semula?

Harga minyak jatuh pada hari Isnin setelah laporan pertumbuhan ekonomi suku ketiga China tidak naik seperti yang dijangkakan.

Kelembapan ekonomi ini seolah-olah memberi petunjuk terhadap kebimbangan peningkatan kes COVID-19 secara global yang memberi impak kepada permintaan pengimport minyak terbesar di dunia.

Ekonomi kedua terbesar di dunia itu merekodkan perkembangan sebanyak 4.9% pada suku ketiga berbanding tahun sebelumnya. Syarikat penyulingan minyak mentah di China memperlahankan kadar proses mereka pada bulan September dan industri import logam yang rendah meskipun disokong oleh pakej ransangan kerajaan.

Minyak mentah Brent untuk Disember merosot sebanyak 15 sen (0.4%) kepada $42.78 setong manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (A.S) turun 18 sen kepada $40.70 setong.

Menurut Howie Lee, pakar ekonomi di Oversea-Chinese Banking Corp (OCBC), data China menunjukkan pertumbuhan barang dan perkhidmatan yang rendah sementara data untuk pemprosesan minyak mentah dan pengeluaran logam industri adalah mengecewakan.

Pembelian minyak mentah oleh China yang sebelum ini rancak, dijangka akan mula perlahan pada suku keempat tatkala inventori minyak yang tinggi dan kuota import yang terhad untuk syarikat penyulingan milik persendirian.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *