TRADERTOWN.my

Gambar oleh dnaindia.com

6 perkara asas yang anda perlu tahu tentang matawang kripto

Kalau kita perasan, sekarang ni ramai orang dah mula bercakap tentang Bitcoin. Tahukah anda Bitcoin merupakan salah satu contoh daripada mata wang kripto? Ini 6 perkara asas kita perlu tahu berkenaan mata wang kripto.

 

1.Apa itu mata wang kripto?

Mata wang kripto adalah satu bentuk mata wang yang digunakan sebagai medium pertukaran atas talian untuk perniagaan barangan dan perkhidmatan. Analogi paling mudah untuk kita faham mata wang kripto ini adalah penggunaan token di dobi layan diri. Senang cerita, kita perlu menukarkan mata wang sebenar dengan mata wang kripto sebelum kita dibenarkan untuk menggunakan sesuatu perkhidmatan atas talian.

 

2. Mahal ke mata wang kripto ni?

Sebelum tu, kita perlu tahu lebih 6,700 aset digital berbeza yang didagangkan secara awam dan mata wang ini akan bertambah nilai melalui Initial Coin Offering (ICO). ICO ni lebih kurang sama konsep macam Initial Public Offering (IPO). Menurut CoinMarketCap, nilai keseluruhan mata wang kripto sehingga 18 Februari 2021 bernilai lebih $1.6 trilion.

 

3. Kenapa mata wang kripto ini sangat popular?

Kalau kita perasan, mata wang kripto sangat popular dalam kalangan peminatnya tersendiri. Pasti ada sebab kenapa aset digital ini sangat popular. Secara mudahnya, ada 4 sebab kenapa ianya popular.

Pertama, ianya dilihat berpotensi sebagai mata wang masa hadapan dan pelabur merasakan lebih baik mereka membelinya sekarang sebelum mata wang ini menjadi lebih mahal pada masa akan datang.

Kedua, sesetengah pelabur menyukai teknologi yang digunakan untuk menguruskan rekod transaksi mata wang ini iaitu Blockchain. Teknologi bersepadu masa hadapan ini dilihat sebagai lebih selamat berbanding sistem tradisional yang digunakan sekarang.

Ketiga, pelabur juga berpendapat bahawa mata wang digital ini tidak mempunyai kadar faedah seperti mata wang fiat sebagai penerimaan untuk jangka masa panjang.

Keempat, ianya tidak memerlukan bank pusat untuk mengawal selia bekalan duit seperti mata wang fiat ketika ini, jadi kemungkinan nilai duit mata wang kripto berkurang akibat inflasi juga dapat dielakkan.

 

4. Adakah mata wang kripto ini pelaburan yang baik?

Harganya mungkin naik banyak tetapi terdapat sesetengah pelabur konvensional menganggap kenaikan ini adalah hanya sebagai suatu spekulasi dan bukannya bentuk pelaburan yang sebenar. Warren Buffett pernah menyamakan mata wang digital ini dengan cek bank. Menurut tokoh pelaburan ini, tidak dinafikan bahawa mata wang kripto merupakan cara yang efektif untuk menghantar duit, malah boleh dilakukan secara tanpa nama (anonymous). Sama seperti cek bank yang merupakan medium untuk menghantar duit.

Jadi persoalannya, adakah cek bank patut bernilai sebanyak nilai duit yang kita hantar sedangkan cek itu hanyalah sebagai medium perantara sahaja? Begitu jugalah keadaan yang sama seperti mata wang kripto. Jadi sebenarnya ada banyak pendapat tentang keselamatan dan bentuk pelaburan aset digital ini. Untuk menjadikan sesuatu mata wang itu selamat, mata wang itu perlulah mempunyai kadar kestabilan yang tinggi supaya penjual dan pembeli dapat berdagang dengan harga yang adil.

 

group signal picture

 

5. Macam mana cara nak beli mata wang kripto?

Sebelum kita beli aset digital ni, kita perlu ada ‘wallet’ iaitu aplikasi atas talian untuk menyimpan mata wang kita itu terlebih dahulu (lebih kurang sama konsep dengan akaun CDS dalam pelaburan bursa saham). Antara contoh broker yang menawarkan jual beli menggunakan transaksi dalam Dolar Amerika (USD)  seperti Bitcoin dan Etherium ialah broker eToro, Tradestation, Robindhood dan banyak lagi.

 

6. Adakah mata wang kripto patuh syariah?

Pada 20 Julai 2020, keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa 4 jenis aset digital iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC) dan Ripple (XRP) yang didagangkan melalui Digital Asset Exchange (DAX) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti adalah dibenarkan.

 

Nak belajar ilmu teknikal analisis dalam pelaburan saham global? Klik di sini.

 

komuniti trader

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *