TRADERTOWN.my

First Solar picture
Gambar oleh www.firstsolar.com

First Solar Batal Bina Kilang Baru

First Solar Inc telah memutuskan untuk tidak membina kilang baharu di Amerika Syarikat. Hal ini adalah kerana ketidakpastian mengenai dasar perdagangan dan insentif cukai.

Pengeluar solar terbesar AS itu masih merancang membina fasiliti perkilangan sama ada di Eropah atau India. Satu keputusan muktamad dijangka akan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif syarikat, Mike Widmar dalam masa 90 hari.

Walaupun Rumah Putih mengumumkan bulan ini moratorium dua tahun ke atas tarif baharu dan mengambil langkah untuk menggalakkan pengeluaran Amerika. Widmar berkata langkah itu tidak menangani isu asas yang memberi kelebihan kepada panel Asia menjadi lebih murah berbanding pengeluar AS.

Dia sebaliknya mencari pengecualian cukai yang akan memberi insentif ekonomi First Solar tanpa menaikkan harga untuk projek yang melibatkan import.

Apabila mempertimbangkan rancangan pengembangan jangka panjang, Widmar berkata adalah paling mudah untuk mengembangkan kemudahan India yang sedang dalam kerja-kerja pembinaan.

Walau bagaimanapun, pasaran Eropah dijangka berkembang dengan ketara. Ini kerana rantau ini berusaha untuk mengelak daripada menggunakan bahan api fosil yang diimport dari Rusia. Jadi membina kemudahan di sana mungkin menjadi pilihan yang lebih baik.

First Solar sedang meningkatkan kapasiti untuk memenuhi permintaan dunia yang pesat untuk tenaga bersih. Syarikat itu juga mempunyai kilang di Malaysia dan Vietnam.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *