TRADERTOWN.my

Sawit picture
Gambar oleh www.infosawit.com

Harga Minyak Sawit Meningkat Kerana Rancangan Indonesia

Harga minyak sawit meneruskan peningkatan apabila Indonesia mempertimbangkan rancangan untuk meningkatkan mandat biodieselnya. Indonesia merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia.

Ini adalah satu langkah yang bertujuan untuk mengurangkan kos import bahan api mereka dan menyerap stok minyak makan.

Niaga hadapan bagi penghantaran September meningkat sebanyak 1.5% kepada RM4,975 (AS$1,129) satu tan, setelah berlaku penurunan awal sebanyak 1.9%, sebelum ditutup lebih tinggi sedikit.

Indonesia mungkin meningkatkan kandungan sawit yang diperlukan dalam biodiesel kepada 35% daripada 30% semasa, kata seorang pegawai kementerian. Hal ini boleh mengetatkan bekalan minyak sawit.

Jika rancangan itu menjadi kenyataan, ia berkemungkinan akan menyerap tambahan 1.5 juta tan minyak sawit mentah yang digunakan untuk campuran B30 semasa.

Indonesia mempunyai stok simpanan yang mencukupi sekitar 7 juta tan pada bulan Mei. Jadi bahan mentah untuk biodiesel tidak menjadi masalah.

Walaupun terdapat kenaikan harga pada hari Khamis, pelabur masih pesimis mengenai prospek minyak sawit. Hal ini berikutan peningkatan pengeluaran dan permintaan yang tidak memberangsangkan. Harga telah jatuh lebih daripada 20% pada bulan Jun, mencatatkan kerugian bulanan terbesar sejak tahun 2008.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *