TRADERTOWN.my

Gambar oleh Getty Images

Akhirnya harga minyak mentah akan pulih?

Walaupun kelemahan pasaran buruh meningkatkan kebimbangan mengenai pemulihan ekonomi, namun berita penilaian positif kesihatan Donald Trump mendorong peningkatan harga minyak yang lebih tinggi di New York hari ini.

Minyak mentah pasaran Amerika Syarikat (A.S), West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.5% setelah jatuh sebanyak 4.3% pada hari Jumaat lepas susulan berita Donald Trump positif dijangkiti virus COVID-19.

Sementara itu, Arab Saudi telah memastikan tahap pengeluaran minyak mentahnya berada dalam keadaan yang stabil sejak bulan lalu. Arab Saudi telah mengeluarkan 8.974 juta barel sehari pada bulan September berbanding 8.988 juta barel sehari pada bulan untuk mengawal kestabilan pengeluaran minyak mentahnya.

Niaga hadapan jatuh sebanyak 8%, peratusan terbanyak sejak bulan Jun setelah peluang pekerjaan terjejas dan kebanyakkan rakyat Amerika semakin berputus asa untuk mendapatkan pekerjaan sejak dilanda pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, jurucakap White House, Nancy Pelosi berkata rundingan mengenai pakej rangsangan akan diumumkan kelak. Harga minyak mentah mengalami ketidakstabilan sejak kejatuhan teruk pada September lalu. Permintaan untuk minyak mentah berdepan cabaran sejak Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) bertindak untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *