TRADERTOWN.my

Gambar oleh Reuters

Mana satu lebih penting: negara atau dunia?

Pengeluaran minyak Libya telah meningkat sebanyak 20,000 barel sehari berbanding minggu lepas menjadikan jumlah pengeluaran kepada 290,000 barel sehari setelah kegiatan eksport digiatkan.

Kelonggaran sekatan di Timur telah mendorong ahli OPEC untuk meningkatkan eksport dengan pembukaan semula terminal Marsa El Hariga, Brega dan Zueitina.

Walau bagaimanapun, eksport masih lagi belum bersambung seperti biasa dari terminal minyak Ras Lanuf dan Es Sider.

Syarikat National Oil Corporation (NOC) berkata pihak mereka hanya akan memulakan semula operasi di tempat yang sudah dikosongkan oleh anggota militan.

Sekatan yang bermula pada Januari lalu telah menggurangkan pengeluaran minyak Libya daripada 1.2 juta barel sehari kepada hanya 100,000 barel sehari.

Kapal tangki minyak Episkopi memuat muatan minyak mentah sebanyak 600,000 tong untuk kapal kargo OMV Austria (VI:OMVV) di Zueitina yang kemudiannya berlepas ke Itali pada hari Ahad yang lalu.

Pelabuhan Zueitina itu dianggarkan akan menjadi pusat eksport untuk kira-kira 3.8 juta barel bulan ini.

Anak syarikat NOC, Arabian Gulf Oil Company (AGOCO) berkata bahawa pihak mereka telah menyambung semula operasi di medan minyak Hamada dengan pembekalan sebanyak 120,000 barel sehari kepada syarikat penapis minyak Zawia.

Bagaimanakah dengan nasib harga minyak dunia setelah satu demi satu negara Timur Tengah bertindak untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah mereka? Jatuh atau kembali utuh?

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *