TRADERTOWN.my

forex picture
Gambar oleh corporatefinanceinstitute.com

Apa Itu Dagangan Mata Wang?

Dagangan mata wang dilakukan di pasaran tukaran asing (forex). Pasaran ini merupakan pasaran yang terbesar dan paling cair dalam dunia kewangan.

Pasaran ini membenarkan pelabur untuk membeli, menjual, menukar dan melakukan spekulasi terhadap sesuatu mata wang. Tukaran mata wang ini juga dibenarkan untuk tujuan dagangan dan pelaburan antarabangsa.

Pasaran forex ini beroperasi 24 jam sehari dan 5 hari seminggu.

Perdagangan tukaran asing ini melibatkan pembelian satu mata wang serentak dengan penjualan satu mata wang yang lain. Namun begitu, pasangan mata wang juga boleh dibeli atau dijual secara unit individu.

Kesimpulannya, berdagang mata wang bermaksud anda menjual satu jenis mata wang untuk mendapatkan mata wang yang lain.

Konsepnya sama sahaja seperti anda berdagang komoditi. Tetapi, dalam dagangan komoditi, anda menggunakan wang untuk membeli komoditi atau saham yang terlibat.

Data ekonomi yang berkait rapat dengan pasangan mata wang ialah kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *