TRADERTOWN.my

ribut picture
Gambar oleh pgjonline.com

Ribut Laut Hitam Punca Kekurangan Bekalan Minyak Mentah?

Produk eksport minyak Rusia dan Kazakhstan menerusi Konsortium Perpaipan Caspian (CPC) daripada Laut Hitam dijangka akan berkurang sehingga 1 juta tong sehari. Ini melibatkan kira-kira 1% penghasilan minyak mentah global. Potensi penggurangan eksport minyak ini adalah disebabkan oleh dermaga yang rosak akibat ribut.

Ribut di bahagian Laut Hitam di Rusia telah menyebabkan kerosakan kepada peralatan pemuatan untuk CPC. Pemulihan kerosakan dermaga dijangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 2 bulan.

CPC merupakan antara perpaipan terbesar di dunia yang menghubungkan bekalan minyak mentah menerusi Kazakhstan kepada pasaran global melalui Pelabuhan Novorossiisk, Rusia.

Caspian Pipeline Consortium (CPC) / Foto: 2015 Chevron Corporation

Perpaipan ini menyalurkan kira-kira 1.2 juta tong minyak mentah sehari. Jumlah ini merupakan 1.2 % daripada permintaan global.

Sebeleum ini, pelbagai jenis sekatan Barat telah dikenakan ke atas Rusia sebagai bentuk perang ekonomi terhadap negara bekas Kesatuan Soviet itu. Tindakan ini adalah sebagai protes masyarakat Barat berhubung isu pencerobohan Rusia di Ukraine.

Namun begitu, Rusia tidak hanya berdiam diri malah berkemungkinan akan mengehadkan bekalan gas asli ke Eropah sebagai tindak balas tidak puas hati terhadap tindakan negara Barat.

Perang pun belum habis lagi, ribut pula datang melanda. Adakah harga minyak akan terus naik melambung lagi?

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *