TRADERTOWN.my

bank pusat jepun picture
Gambar oleh Noriko Hayashi/Bloomberg

Bank Pusat Jepun Ubah Polisi, Punca Yen Naik?

Bank Pusat Jepun umum peralihan polisi utama kerana hasil bon kembali had tertinggi

Jepun mungkin boleh mengakhiri polisi kawalan keluk hasil (yield curve control policy) pada kesimpulan polisi monetari 2 harinya minggu ini.

Tindakan itu adalah kurang daripada sebulan selepas mereka mengugat pasaran dengan meluaskan julat toleransinya untuk bon kerajaan Jepun 10 tahun.

Mereka juga dijangka akan bermesyuarat pada minggu ini di sebalik peningkatan hasil bon kerajaan dan kekuatan mata wang Yen.

Menurut Nikkei, Bank Pusat Jepun juga dilaporkan telah membeli bon kerajaan Jepun bernilai 2 trillion yen (15.6 bilion USD) selepas hasilnya meningkat 0.5% untuk dua sesi berturut-turut.

Mata wang dolar jatuh hampir 14% berbanding yen dalam tempoh 3 bulan lalu manakala hasil bon 10 tahun naik daripada 0.256% kepada 0.502% Isnin lalu.

Kongsi Melalui: