TRADERTOWN.my

dolar picture
Gambar oleh internationalinvestorclub.com

Dolar Melonjak Menjelang Minit Fed Dan Data Pekerjaan

Mata wang Dolar Amerika Syarikat mengukuh menjelang data ekonomi mingguan.

Indeks Dolar yang menjejak USD berbanding enam mata wang lain , naik 1% kepada 104.345.

Data Pengurus Pembelian Pembuatan (PMI) bagi bulan Disember dijangka menunjukkan sektor itu masih di dalam wilayah penguncupan. Kebanyakkan pelabur akan tertumpu kepada minit Rizab Persekutuan pada hari Rabu dan data pekerjaan Amerika Syarikat untuk mendapatkan gambaran awal berkenaan kadar faedah bagi tahun ini.

Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah 50 mata asas bulan lalu, kurang sedikit berbanding 75 mata asas untuk 4 kali sesi berturut-turut sebelumnya. Namun begitu, Rizab Persekutuan mungkin akan perlu meningkatkan kadar faedahnya selepas ini untuk menangani inflasi.

Pasangan mata wang USD/JPY jatuh 0.1% kepada 130.69, dengan Yen mencatatkan paras tertinggi dalam tujuh bulan berbanding dolar berikutan keputusan Bank Jepun untuk menaikkan had hasil bonnya pada bulan lepasnya.

Sementara itu, pasangan mata wang EUR/USD jatuh 0.9% kepada 1.0566, menantikan data inflasi Jerman yang dijangka menunjukkan penurunan dalam inflasi tahunan daripada 10% kepada 9.1% pada bulan Disember.

AUD/USD pula jatuh 1.2% kepada 0.6723, manakal USD/CNY 0.1% lebih tinggi kepada 6.9045 selepas data aktiviti pembuatan China menyusut untuk bulan kelima berturut-turut pada bulan Disember.

 

 

 

Kongsi Melalui: