TRADERTOWN.my

polisi monetari picture
Gambar oleh ft.com

Impak Keputusan Polisi Monetari Fed: Emas Naik Sikit Je?

Emas naik semasa sesi pagi pasaran Asia.

Namun begitu, kenaikan adalah kecil memandangkan emas sedang bersedia untuk turun ke paras yang terendah sejak November 2021.

Hal ini kerana, pelabur masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan keputusan terbaru mesyuarat polisi monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (A.S).

Niaga hadapan emas naik 0.26% kepada $1,797.70.

Sementara itu, mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD) turun sedikit tetapi masih lagi mengekalkan kedudukan tertinggi sejak Julai 2020.

Data Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Amerika Syarikat juga agak memberansangkan. GDP A.S menunjukkan peningkatan 6.9% lebih baik bagi suku keempat tahun 2021.

Bank pusat lain yang dijangka akan mengeluarkan polisi monetari masing-masing dalam masa terdekat ialah Bank Negara England, Bank Pusat Eropah dan Bank Rizab Australia.

Emas dijangka berada pada paras lebih rendah untuk tahun 2022 dan 2023 apabila bank pusat menaikkan kadar faedah dan hasil bon.

Dari sudut bekalan pula, data kastam Switzerland menunjukkan bahawa eksport emas negara itu pada tahun 2021 meningkat ke paras tertinggi sejak tahun 2018.

Peningkatan bekalan ini disebabkan oleh permintaan yang tinggi di India dan China. Kedua-dua buah negara ini merupakan antara pasaran pengguna terbesar yang sedang dalam proses pemulihan akibat daripada kesan ekonomi COVID-19.

Logam berharga lain seperti perak turun 0.2%, platinum naik 0.1% dan paladium kekal pada harga  $2,375.18.

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *