Masalah yang melanda syarikat penapisan Limetree Bay di St Croix, Kepulauan Virgin, mungkin akan mengakibatkannya kehilangan pembekal utama minyak mentah, BP (NYSE:BP) jika masih lagi gagal beroperasi sehingga Disember ini.
Pemilik kilang penapisan Caribbean ini, Limetree Bay Ventures telah membelanjakan sekurang-kurangnya $2.7 bilion untuk membaik pulih fasiliti. Usaha ini adalah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sulfur rendah dan pasaran di Amerika Latin dan Caribbean. Tetapi, pengoperasian semula kilang penapisan ini telah ditangguhkan sehingga hampir setahun sekarang.
Syarikat BP Plc, (L:BP) telah melabur dalam loji kilang penapisan itu dengan perjanjian untuk membekalkan minyak mentahnya dan memasarkan minyak yang dihasilkan selewat-lewatnya tahun 2019. BP boleh membatalkan kontrak sekiranya loji penapisan itu tidak dapat mencapai sasaran sehingga hujung tahun. Perkara ini jika berlaku, akan memalapkan masa depan kapasiti penapisan terbesar baru di Amerika.
Pemilik Limetree, EIG Global Energy Partners dan Arclight Capital Partners mendapat permintaan yang tinggi untuk minyak marin. Minyak untuk kegunaan maritim ini perlu mempunyai kandungan sulfur yang rendah. Pelaburan BP terhadap syarikat penapisan ini akan dibayar semula melalui penjualan produk.
Matlamat loji ini adalah untuk menghasilkan penapisan sebanyak 210,000 tong produk penapisan sehari, tetapi pandemik COVID-19 ini telah memusnahkan margin penapisan minyak di seluruh dunia.
Dalam beberapa minggu ini juga, Limetree berhadapan dengan masalah untuk memulakan semula unit minyak mentah. Ini diikuti oleh kelewatan akibat hakisan kesan daripada tidak ditutup semasa pengubahsuaian.
Beberapa siri masalah yang dihadapi oleh syarikat penapisan ini menjadikan syarikat gergasi BP semakin tawar hati untuk kekal dalam melabur.
Pemilik terdahulu syarikat penapisan ini, Hovensa, telah menutup loji ini pada tahun 2012 disebabkan oleh tekanan ekonomi. Dahulunya, loji ini pernah memproses lebih daripada 500,000 tong minyak mentah sehari.
Awal tahun ini, syarikat ekuiti persendirian EIG mengambil alih secara majoriti Limetree Bay Ventures. Firma ekuiti persendirian Arclight Capital Partners pula memiliki tapak pada tahun 2016 bersama Freepoint Commodities dan masih kekal sebagai pelabur utama.