TRADERTOWN.my

Gambar oleh Reuters

Bumi atau manusia yang patut menangis?

Antonio Guterres, Setiausaha Jeneral Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak agar bank pembangunan berhenti menyokong projek bahan bakar fosil. Guterres menggesa perjumpaan maya gabungan menteri kewangan dan pembuat dasar dari pelbagai negara.

Perjumpaan ini bertujuan untuk menuntut penghentian pelaburan bahan bakar fosil, meningkatkan sokongan untuk tenaga yang boleh diperbaharui, dan menyokong projek untuk membantu mereka yang terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Desakan ini meningkatkan lagi tekanan kepada pemberi pinjaman menjelang sidang kemuncak perubahan iklim di Perancis bulan depan.

Perancis menjadi tuan rumah untuk pertemuan global kali pertama buat bank pembangunan untuk membincangkan perubahan iklim, yang disebut sebagai Kewangan dalam Sidang Kemuncak Umum pada 12 November.

Para aktivis alam sekitar telah bertahun-tahun menuntut agar bank perdagangan yang disenaraikan di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia untuk menghentikan pembiayaan stesen janakuasa arang batu baru, penerokaan minyak dan insfrastruktur gas asli.

Tetapi bank-bank pembangunan dunia ini yang mempunyai pengaruh kuat dalam menentukan sama ada projek tersebut dapat dilaksanakan juga pada masa yang sama menghadapi permintaan untuk membiayai industri bahan bakar fosil. Dalam keadaan dunia yang teruk dilanda oleh wabak pandemik COVID-19 ini, mampukah permintaan para aktivis alam sekitar ini dituruti tanpa menjejaskan periuk nasi pihak industri dan pekerjanya?

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *