TRADERTOWN.my

Gambar oleh Esam Omran Al-Fetori

Libya mengorak langkah, OPEC di persimpangan dilema

Minyak merosot apabila Teluk Mexico memulakan semula operasinya selepas dilanda Taufan Delta sebelum ini. Kemerosotan minyak ini juga turut didorong oleh tindakan Libya yang memulakan semula penghasilan minyak mentah dan penamatan mogok pekerja di Norway.

Niaga hadapan di New York jatuh sebanyak 0.9%, selepas menurun 1.4% pada Jumaat lalu. Pihak operator di Teluk telah mula menyambung semula operasi setelah ribut kembali reda pada Jumaat lalu.

Libya mengambil langkah besar ke arah menghidupkan industri minyaknya dengan membuka semula medan minyak terbesar mereka. Medan Shahrara akan mengepam 40,000 barel sehari sehingga mencapai kapasiti menghampiri 300,000 barel dalam masa 10 hari.

Penyambungan semula bekalan dari Libya menambah kerunsingan Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya.

Opec dan sekutunya dalam dilema sama ada akan meneruskan rancangan pemotongan pengeluaran pada bulan Januari atau tidak. Dengan musibah COVID-19 yang melanda dunia ketika ini, OPEC berada dalam masalah sama ada akan teruskan dengan perancagan sedia ada atau pun memperlambatkan peningkatan pengeluaran. Menurut Baker Hughes, pelantar penggerudian menyasarkan minyak mentah di Amerika Syarikat (A.S) meningkat sebanyak 4 kepada 193 minggu lalu. Aktiviti industri kembali pulih walaupun terdapat amaran bahawa permintaan mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya seperti sedia kala sehingga tahun 2023.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *