TRADERTOWN.my

CATL picture
Gambar oleh www.catl.com

CATL Pertimbang Buka Dua Kilang Di Mexico

Contemporary Amperex Technology (CATL) sedang mempertimbangkan sekurang-kurangnya dua lokasi di Mexico untuk kilang pembuatan mereka. Kilang ini berpotensi membekalkan bateri untuk Tesla dan Ford.

CATL merupakan pembuat bateri untuk kenderaan elektrik terbesar di dunia.

Syarikat dari China itu sedang mempertimbangkan Ciudad Juarez, di negeri Chihuahua. Dan juga Saltillo, di Coahuila, menurut orang yang biasa dengan perbincangan itu. Kedua-dua kawasan itu berhampiran dengan sempadan Texas.

Syarikat itu juga sedang mempertimbangkan pelaburan sebanyak AS$5 bilion dalam projek itu. Menurut seorang sumber yang meminta untuk tidak dikenal pasti membincangkan maklumat sulit.

Ciudad Juarez menarik kerana ia berdekatan dengan pelabuhan masuk San Jeronimo-Santa Teresa ke negeri New Mexico di Amerika Syarikat (AS). Ini akan memudahkan penghantaran ke Texas, yang menempatkan kilang baharu Tesla.

Bagaimanapun, dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebarang penghantaran dan kemasukan ke AS telah menjadi lebih rumit.

Hal ini kerana Gabenor Texas pada April lalu telah meningkatkan pemeriksaan kenderaan komersial. Dengan Hasrat untuk membanteras pengedaran dadah haram dan imigresen.

CATL juga dikatakan sedang mempertimbangkan untuk membahagikan pelaburannya di dua lokasi, satu di AS dan satu lagi di Mexico.

Bagaimanapun, masih belum ada keputusan muktamad yang telah dibuat.

Kongsi Melalui: