TRADERTOWN.my

Gambar oleh Reuters

China dah jumpa vaksin COVID-19!

Menurut Institut Butantan Brazil, ujian menunjukkan vaksin syarikat biofarmaseutikal China, Sinovac adalah selamat.

 

Syarikat itu adalah pembuat ubat pertama yang mendedahkan hasil percubaan akhir vaksin pada peringkat akhir, meletakkan China di depan dalam persaingan untuk mengembangkan vaksin COVID-19.

 

Ujian awal menunjukkan vaksin yang diberi nama Coronavac itu adalah selamat selepas 2 dos diberikan kepada 9,000 sukarelawan dalam ujian yang dikendalikan oleh 2 pusat penyelidikan bioperubatan Brazil utama.

 

Institut Butantan Sao Paulo merupakan salah satu daripada pusat penyelidikan bioperubatan utama di Brazil yang mengendalikan ujian fasa ketiga bagi Coronavac.

 

Namun, menurut pengarah Butantan, Dimas Covas, data keberkesanan vaksin itu dalam melindungi orang daripada dijangkiti COVID-19 tidak akan dikeluarkan sehingga diuji kepada kesemua 15,000 sukarelawan dalam ujian tambahan.

 

Setiausaha Kesihatan Sao Paulo, Jean Gorinchteyn berkata bahawa vaksin itu dilihat mampu menghasilkan anitbodi perlindungan. Beliau turut berharap agar kelulusan pengawalseliaan bagi Coronavac itu akan diperoleh hujung tahun ini supaya dapat digunakan terhadap rakyatnya awal tahun depan.

 

Sinovac memerlukan Brazil sebagai pusat ujian memandangkan Brazil merupakan antara negara paling teruk dijangkiti wabak itu.

 

Lebih daripada 5.2 juta populasi Brazil dijangkit COVID-19, menjadikannya negara ketiga paling teruk terkesan selepas Amerika Syarikat (A.S) dan India.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *