TRADERTOWN.my

Gambar oleh Patrick Semansky

COVID-19: Ujian sebenar bagi Donald Trump?

Setelah disahkan positif jangkitan virus berbahaya COVID-19, Presiden Donald Trump menyatakan bahawa beberapa hari yang akan datang ini merupakan ujian sebenar terhadap keberhasilan rawatan yang diterimanya.

Beliau kini dirawat di Pusat Perubatan Tentera Nasional Walter Reed dan pihak jurucakap White House masih lagi belum membuat kenyataan berhubung jangkaan tarikh keluar Presiden Amerika Syarikat itu.

Walau bagaimanapun, tahap kesihatan sebenar Trump masih lagi menimbulkan tanda tanya apabila berlaku percanggahan kenyataan antara pegawai perubatan dan ketua kakitangan White House.

Doktor White House, Sean P. Conley mendakwa bahawa keadaan Trump semakin baik walaupun terdapat sumber daripada ketua staff White House, Mark Meadows menyatakan bahawa Trump mengalami kesukaran bernafas dan tahap oksigennya menurun. Namun begitu, tidak lama kemudian, Meadows menukar kenyataannya bahawa Trump menunjukkan perkembangan positif terhadap rawatan tersebut. Percanggahan kenyataan ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat dunia. Benarkah Trump positif COVID-19 atau ini hanya satu sandiwara politik bagi menimbulkan sentimen terhadap pasaran?

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *