TRADERTOWN.my

cuaca sejuk picture

Cuaca sejuk melampau di Texas punca harga minyak naik?

Minyak naik berada pada paras $60 setong sementara niaga hadapan gasolin meningkat setelah krisis pembekalan tenaga akibat cuaca sejuk melampau ketika ini dan industri petroleum menjadi semakin buruk di Amerika Syarikat (A.S).

Jom belajar analisa teknikal dalam pelaburan saham global. Klik sini.

Cuaca sejuk melampau telah melanda A.S dan menjadi semakin teruk terutamanya di bahagian selatan seperti Texas dan disifatkan adalah yang terburuk dalam tempoh 30 tahun sehingga dijangkakan akan lebih sejuk daripada Alaska. Texas merupakan negeri yang paling banyak menyumbang penghasilan minyak mentah dan tenaga di A.S iaitu kira-kira 22% daripada jumlah keseluruhan.

Harga minyak mentah A.S naik pada hari Jumaat setelah pasaran sedang cuba menyesuaikan diri dengan fenomena musim sejuk melampau yang melanda A.S terutamanya di Texas ketika ini. Hal ini kerana, keadaan musim sejuk yang melampau ini menyebabkan bekalan dan permintaan menjadi tidak seimbang.

Nak dapatkan signal dan group support secara percuma untuk perdagangan global? Klik sini.

group signal

Cuaca sejuk melampau telah menyebabkan kekurangan penghasilan lebih 2 juta tong minyak mentah A.S sehari. Selain itu, kebanyakkan kilang penapisan yang terlibat dalam penapisan minyak mentah sebanyak 3 juta tong sehari tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Suhu rendah yang melampau telah memaksa kilang penapisan untuk menutup operasi mereka. Ini menjadikan bekalan tenaga terutamanya untuk tujuan pemanasan kegunaan domestik menjadi semakin terhad. Bekalan tenaga yang terhad ini menyebabkan harga produk petroleum terutamanya gasolin dan propana meningkat. Niaga hadapan gasolin meningkat 8 sen dan merupakan peningkatan tertinggi dicatatkan sejak Ogos 2019.

Tetapi, penggurangan operasi syarikat penapisan ini juga telah menyebabkan peningkatan jumlah simpanan minyak mentah niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI). Situasi ini disebabkan oleh permintaan yang rendah daripada syarikat penapisan untuk memproses minyak mentah.

Sementara itu, di Rusia juga, suhu sejuk melampau telah menganggu penghasilan minyak mentah di negara itu.

group support minyak

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *