TRADERTOWN.my

Gambar oleh Reuters

Data Inventori hulur tongkat buat harga minyak

Harga minyak naik pada hari Khamis, menyambung peningkatan 2% daripada sesi sebelum ini, selepas data menunjukkan stok minyak mentah berkurang minggu lalu. Sementara itu, OPEC dan sekutunya dilihat mematuhi janji untuk menggurangkan pengeluaran sejak September.

 

Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat (A.S), West Texas Intermediate (WTI) meningkat sebanyak 0.2% iaitu 8 sen, lepada $41.12/barel. Sementara itu, niaga hadapan Brent pula naik 7 sen (0.2%) kepada $43.39/barel.

 

Minyak kembali naik pada hari ketiga walaupun gelombang COVID-19 melanda semula di seluruh Eropah, yang memberi kesan kepada permintaan minyak.

 

Menurut Michael McCarthy, Ketua Strategik Pasaran di CMC Markets and Stockbroking berkata ketidaktentuan harga minyak ini berkemungkinan akan menarik lebih banyak posisi perdagangan.

 

Kumpulan Industri Institut Petroleum Amerika (API) berkata, minyak mentah Amerika Syarikat (A.S), gasolin dan inventori penyulingan jatuh pada minggu 9 Oktober. Laporan ini dikeluarkan selepas pasaran ditutup pada hari Rabu.

 

Stok minyak mentah jatuh 5.4 juta barel, sementara stok penyulingan termasuklah diesel dan minyak pemanasan jatuh 3.9 juta barel. Kejatuhan ini menghampiri 2 kali ganda jangkaan penganalisis di undian Reuters.

 

Menurut Jeffrey Halley, Penganalisis Pasaran Senior Asia Pasifik di OANDA berkata bahawa kebanyakkan kejatuhan stok ini dipengaruhi oleh kesan Taufan Delta yang menganggu pengeluaran minyak mentah di Teluk Mexico.

 

Walau bagaimanapun, Brent mungkin akan kembali kepada $42.55/barel, selepas gagal untuk melepasi harga siling pada $43.44.

 

Pentadbiran Informasi Tenaga Amerika Syarikat (A.S) dijadualkan akan mengeluarkan data mingguan pada hari Khamis, lewat sehari daripada kebiasaan kerana cuti umum.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *