TRADERTOWN.my

Gambar oleh Lucy Hornby

Teko: Kebanggaan rakyat China

Sebelum ini jika kita berbicara tentang teko, perkara pertama sekali yang terlintas adalah perkakasan untuk menuang air seperti teh dan kopi di dapur. Tetapi, tahukah anda, sebenarnya teko juga merupakan satu gelaran yang popular dalam industri minyak terutamanya di China?

 

Ini 5 perkara yang anda perlu tahu tentang Teko China:

  1. Teko merupakan gelaran yang diberikan kepada syarikat penapisan minyak milik persendirian di China.

 

  1. Kebanyakkan Teko China ini berada di wilayah Shandong, termasuklah Kumpulan Petrokimia Shandong Dongming. Shandong Dongming merupakan syarikat penapisan persendirian terbesar di wilayah itu dengan 15 juta tan (109.9 juta barel) minyak mentah setahun.

 

  1. Golongan ini mewakili 20% kapasiti penapisan China dan semakin bertambah sejak China memberikan kuota import pada tahun 2015.

 

  1. China sebelum ini pernah cuba untuk menyekat perkembangan golongan teko ini dengan cara membataskan pinjaman bank dan bekalan minyak mentah untuk menjaga syarikat minyak gergasi.

 

  1. Golongan teko ini juga banyak melabur dan membuat usahasama di luar negara. Contohnya seperti Petrokimia Hengyuan yang telah membeli 51% pemilikan saham Royal Dutch Shell di pusat penapisan Port Dickson, Malaysia.

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *