TRADERTOWN.my

Gambar oleh Justin Tallis | Afp | Getty Images

Harga Barang Naik, Inflasi Di Zon Eropah Mencecah 10.7% !

Data awal daripada pejabat statistik Eropah menunjukkan inflasi utama tahunan mencecah 10.7% bulan ini.

Peratusan ini merupakan yang tertinggi sejak zon Eropah dibentuk. Zon Eropah mengalami peningkatan harga barangan terutamanya makanan dan bekalan tenaga yang melampau dalam tempoh 12 bulan ini.

Antara penyumbang utama kepada kenaikan mendadak harga barangan adalah pencerobohan Rusia di Ukraine.

Kos bekalan tenaga mencatatkan kenaikan tahunan tertinggi pada bulan Oktober iaitu 41.9% berbanding 40.7% pada bulan September.

Harga makanan, tembakau dan alkohol juga mencatatkan kenaikan daripada 11.8% kepada 13.1%.

Menurut kebanyakkan penganalisis ekonomi, kenaikan harga konsumer dan permintaan domestik yang berterusan meningkatkan kemungkinan Bank Pusat Eropah akan meningkatkan kadar faedah 75 mata asas berbanding jangkaan 50 mata asas pada bulan Disember.

Negara Eropah yang merekodkan kenaikan inflasi melebihi 20% pula ialah Estonia, Lithuania dan Latvia.

Sementara itu, inflasi di Itali, Perancis dan Itali pula masing-masing berada pada paras 12.8%, 7.1% dan 11.6%.

Kemungkinan kegawatan ekonomi akan berlaku di Eropah semakin tinggi memandangkan kadar inflasi semakin tinggi, kadar pertumbuhan ekonomi yang sangat perlahan dan kejatuhan mata wang Euro berbanding Dolar Amerika Syarikat.

 

Kongsi Melalui: