TRADERTOWN.my

kadar faedah picture
Gambar oleh reuters

Kadar Faedah Tertinggi Dalam Tempoh 33 Tahun Punca GBP Tergolek?

Mata wang pound jatuh 1.7% berbanding Dolar dan lebih rendah berbanding Euro.

Mata wang Pound jatuh selepas Bank England menaikkan kadar faedah dan memberi amaran cabaran ekonomi mendatang akan menjadi lebih sukar.

Namun begitu, mata wang Dolar Amerika Syarikat pula mencatatkan kenaikan apabila Rizab Persekutuan memberi petanda akan meningkatkan kadar faedah lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran.

Bank England meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas iaitu daripada 2.25% kepada 3%. Kenaikan ini merupakan yang tertinggi sejak tahun 1989.

Tindakan menaikkan kadar faedah ini diambil bagi menangani isu inflasi yang meruncing dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Bank pusat itu menjangkakan inflasi akan mencapai paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun. Kebanyakkan penganalisis berpendapat bahawa Britain telah pun memasuki fasa kegawatan sekurang-kurangnya sehingga tempoh 2 tahun, lebih lama daripada krisis ekonomi tahun 2008-2009.

Sementara itu ,Hasil Dua Tahun Perbendaharaan Amerika Syarikat naik 15 mata asas pada 4.73%. Kenaikan ini adalah yang tertinggi sejak Juali 2007.

Indeks Dolar naik 1.3% kepada 112.83, paras tertinggi sejak Oktober 2021.

Mata wang Yen Jepun pula mencatatkan kenaikan 0.2% tatkala pelabur menantikan sebarang campur tangan rasmi pihak kerajaan untuk menyelamatkan mata wang safe haven itu.

 

 

 

Kongsi Melalui: