TRADERTOWN.my

elon musk picture
Gambar oleh Charley Gallay/Getty Images

Elon Musk Sah Pemilik Baru Twitter?

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Inc (NYSE:TWTR), Parag Agrawal dan Ketua Kewangan, Ned Segal dilaporkan telah meninggalkan Twitter.

Ketua Polisi Undang-Undang, Amanah dan Keselamatan, Vijaya Gadde juga telah dipecat daripada syarikat teknologi gergasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc (NASDAQ:TSLA) kini menguasai Twitter.

Elon Musk Vs Twitter

Elon Musk mempunyai masa sehingga Jumaat (waktu Amerika Syarikat) bagi melengkapkan pengambilalihan Twitter bernilai $44 bilion. Sekiranya gagal, beliau perlu berdepan dengan tindakan mahkamah.

Bilionair itu juga telah membuat ciapan yang membawa maksud seolah-olah Twitter kini dibebaskan. Para penganalisis pasaran berpendapat bahawa ini merupakan petunjuk kukuh bahawa pengambialihan telah selesai. Namun begitu, wakil daripada Twitter belum memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

April lalu, Twitter telah bersetuju dengan cadangan Elon Musk untuk membeli sekaligus menjadikan syarikat penyedia perkhidmatan media sosial itu milik persendirian.

Namun begitu, tindakan beliau yang kerap menarik tali menimbulkan persoalan mengenai keseriusannya terhadap perjanjian tersebut.

Sebelum ini, bilionair itu juga pernah membuat kenyataan bahawa beliau enggan meneruskan perjanjian pengambilahan itu kerana tidak lagi berminat. Beliau turut menuduh Twitter gagal mendedahkan jumlah akaun spam dan tiruan dalam platform tersebut.

Namun begitu, pada awal Oktober, beliau menukar fikiran dan berkata akan meneruskan pengambilahan saham dalam Twitter dengan harga asal $54.20 sesaham sekiranya pihak Twitter tidak meneruskan tindakan mahkamah. Namun begitu, pihak Twitter menganggap reaksi Elon Musk ini hanyalah sebahagian daripada helah bilionair itu untuk melambatkan proses pengambilihan.

Dari Mana Elon Musk Dapat Duit Untuk Beli Twitter

Awal tahun ini, Elon Musk berjaya mendapatkan pembiayaan hutang daripada beberapa bank pelaburan. Beliau juga mendapat sokongan daripada beberapa pelabur berprofil tinggi. Ini termasuklah firma modal teroka dan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif firma teknologi.

Salah satu nama besar yang menjadi pelabur ekuiti dalam pengambilaihan Twitter ialah syarikat tukaran mata wang kripto, Binance.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Binance, Changpeng Zhao, mereka berharap agar sokongan pelaburan ini akan membantu Elon dalam membangunkan media sosial dan Web3 termasuklah perkembangan penggunaan kripto dan teknologi blockchain.

Kenapa Elon Musk Beria-Ia Nak Ambil Alih Twitter?

Bilionair sensasi itu berpendapat bahawa adalah penting bagi masa depan tamadun untuk mempunyai dataran bandar digital yang sama, di mana pelbagai kepercayaan boleh dibahaskan dengan cara yang sihat, tanpa menggunakan keganasan.

 

 

Kongsi Melalui: