TRADERTOWN.my

autopilot picture
Gambar oleh rennacs.com

Penghantaran Tesla Merosot Untuk Suku Kedua Tahun Ini

Tesla Inc mencatatkan kemerosotan penghantaran kenderaan sebanyak 17.9% pada suku kedua berbanding suku sebelumnya. Hal ini kerana penutupan kilang di China akibat wabak Covid 19 yang telah mengganggu rantaian pengeluaran dan bekalan mereka.

Pembuat kereta elektrik terbesar dunia itu berkata bahawa mereka telah menghantar sebanyak 254,695 unit kenderaan dalam tempoh April hingga Jun. Ini berbanding 310,048 kenderaan pada suku sebelumnya.

Peningkatan semula kes Covid-19 di China telah memaksa Tesla menangguhkan sementara pengeluaran di kilangnya di Shanghai. Hal ini turut menjejaskan kemudahan pembekal di negara itu.

Pada awal Jun, Ketua Pegawai Eksekutif, Elon Musk memberitahu bahawa dia mempunyai “perasaan sangat buruk” tentang ekonomi pada masa ini.

Beliau turut telah mengumumkan kemungkinan akan ada keperluan untuk mengurangkan kira-kira 10% kakitangan Tesla dalam satu email.

Permintaan untuk kenderaan Tesla masih kekal kukuh, tetapi cabaran rantaian bekalan masih kekal.

Pada Jun lalu, Tesla sekali lagi menaikkan harga untuk beberapa modelnya di Amerika Syarikat dan China. Ini selepas Musk memberi amaran tentang tekanan inflasi yang ketara dalam bahan mentah dan logistik.

Penganalisis menjangkakan Tesla akan melaporkan penghantaran 295,078 kenderaan untuk tempoh April hingga Jun menurut data Refinitiv. Beberapa penganalisis yang lain turut mengurangkan anggaran mereka lagi kepada kira-kira 250,000 disebabkan oleh penutupan berpanjangan China.

Pembuat kereta paling berharga di dunia telah mencatatkan penghantaran rekod setiap suku tahun sejak suku ketiga 2020, mengharungi pandemik dan gangguan rantaian bekalan dengan lebih baik daripada kebanyakan pembuat kereta.

Saham Tesla telah jatuh 35% setakat tahun ini, terjejas oleh cadangan pengambilalihan Twitter Inc yang bernilai AS$44 bilion oleh Musk, penutupan China dan ketidaktentuan makroekonomi.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *