TRADERTOWN.my

hasil bon picture
Gambar oleh currencylive.com

Hasil Bon Meningkat: NZD Dan AUD Jadi Pilihan Pelabur?

Dolar Australia dan Dolar New Zealand naik lebih tinggi semasa sesi pasaran hari Rabu berikutan risiko pasaran global yang lebih ketat oleh Bank Pusat.

Pasaran bon tempatan juga meningkat sehingga ke paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun.

Mata wang Dolar Australia naik 0.3% pada paras $0.7154. Sekiranya harga melepasi paras rintangan $0.7168, harga berpotensi untuk naik sehingga $0.7275.

Manakala mata wang Dolar New Zealand pula berada pada sekitar harga sokongan $0.6590.

Pengukuhan kedua-dua mata wang ini dibantu oleh peningkatan hasil bon tempatan setelah data pekerjaan Amerika Syarikat yang kukuh dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh kebanyakkan bank pusat dunia termasuklah Bank Pusat Eropah.

Hasil Bon New Zealand 10 Tahun meningkat 14 mata sehingga mencecah 2.74%, paras terakhir tertinggi sejak penghujung tahun 2018.

Kadar Swap Tiga Tahun New Zealand juga naik 9 mata kepada 2.51%.

Pelabur turut menjangkakan Bank Rizab Australia akan meningkatkan kadar faedah menjelang lewat tahun hadapan sekiranya inflasi ekonomi masih kekal berada pada tahap membimbangkan.

Pasaran bon Australia juga menunjukkan perkembangan positif minggu ini. Hasil Bon 10 Tahun Australia meningkat 25 mata dengan mencecah 2.157%, kenaikan tertinggi sejak Mac 2019 sebelum kembali kekal pada 2.10%.

 

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *