TRADERTOWN.my

bank pusat picture
Gambar oleh Matt Cardy | Getty Images

Dolar Naik, Berjayakah Bank Pusat Mengawal Inflasi?

Mata wang Dolar naik semasa sesi pagi pasaran Asia.

Indeks Dolar Amerika Syarikat meningkat 0.07% kepada 95.545.

Pasangan mata wang USD/JPY naik 0.07% kepada 115.28.

Pasangan mata wang AUD/USD naik 0.04% kepada 0.7078 setelah Australia mengeluarkan data runcitnya pada hari sebelumnya.

Pasangan mata wang NZD/USD turun 0.05% kepada 0.6616 manakala GBP/USD turun 0.02% kepada 1.3527.

Pasangan mata wang USD/CNY turun 0.44% kepada 6.3328 setelah data Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Caixin, China berada pada paras 51.4 mata.

Pelabur kini sedang menantikan keputusan data inflasi Amerika Syarikat termasuklah indeks harga konsumer pada hari Khamis ini.

Sekiranya data inflasi ini meningkat tinggi, ini adalah petunjuk kuat bahawa Rizab Persekutuan akan kekal melaksanakan kenaikan kadar faedah pada bulan Mac 2022.

Kenaikan kadar faedah adalah sebahagian daripada cara Bank Pusat untuk mengawal kenaikan inflasi yang tinggi.

Menurut Klaas Knot, Presiden Bank Pusat Belanda dan salah seorang ahli majlis pentadbiran Bank Pusat Eropah (ECB), pihaknya turut  menjangkakan akan berlaku kenaikan kadar faedah pada suku keempat tahun 2022.

 

Belajar trading global percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *