TRADERTOWN.my

Gambar oleh Alfindra Primaldhi

Hulurkan tangan, ringankan beban.

Lombong emas dan tembaga di Grasberg dikenakan perintah berkurung susulan beberapa pelombong disahkan positif dijangkit COVID-19. Hanya beberapa orang pekerja sahaja dibenarkan untuk terus bekerja di lombong itu.

Tapi setelah beberapa bulan, pekerja yang marah dengan perintah berkurung itu membuat keputusan untuk menyekat keluar dan masuk lombong.

Perkara itu berlarutan selama 4 hari sehingga Freeport McMoran Inc (NYSE:FPX), yang merupakan syarikat utama perlombongan di situ membuat keputusan membenarkan pekerja meneruskan kerja secara kitaran mingguan melalui kereta kabel dan bas.

Namun, perkara ini mengusarkan hati pakar kesihatan kerana bimbang berlaku risiko penyebaran jangkitan yang lebih teruk.

Pada Mei lalu, syarikat Freeport McMoran Inc atau lebih dikenali sebagai Freeport yang beribu pejabat di Phoenix, Arizona Amerika Syarikat (A.S) telah mengehadkan jumlah pekerjanya di lombong. Ini bertujuan untuk mengawal jangkitan tetapi pada masa sama masih lagi meneruskan operasi perlombongan seperti biasa.

Tetapi, tindakan ini menyebabkan pekerja yang dipaksa untuk kerja lebih masa mengalami masalah psikologi.

Meskipun mereka mendapat elaun tambahan, namun mereka tidak dapat langsung bertemu dengan ahli keluarga walaupun berlaku kematian. Manakala, bagi pekerja yang direhatkan sementara, berasa tertekan kerana tidak mendapat gaji bagi meneruskan kehidupan.

Freeport memberikan perkhidmatan rawatan COVID-19 percuma di fasiliti kesihatannya untuk pekerja mereka yang dijangkit wabak itu.

Syarikat gergasi dalam perlombongan emas dan tembaga itu merupakan antara pembayar cukai tertinggi kepada Indonesia sejak 1992, dengan lebih daripada $16 bilion. Grasberg terletak di daerah Mimika dalam wilayah Papua dan merupakan lokasi perlombongan emas terbesar di dunia, kedua terbesar di dunia bagi tembaga.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *