TRADERTOWN.my

Gambar oleh Gretar Ivarsson

Syarikat Big Oil kini mengintai peluang industri geoterma

Kapasiti penghasilan tenaga geoterma dijangka akan berkembang dalam masa 5 tahun setelah syarikat tenaga bertindak memperluaskan perniagaan dalam pasaran alternatif. Perkara ini didorong oleh peralihan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang semakin meningkat.

Kapasiti penghasilan tenaga alternatif geoterma akan meningkat kepada 24 gigawatts (GW) pada tahun 2025 berbanding daripada 16 gigawatts (GW) pada penghujung  tahun 2020. Menurut Rystad Energy, sebuah syarikat konsultan minyak dan gas beribu pejabat di Norway, jumlah pelaburan dalam tenaga alternatif ini dijangka akan mencecah $25 bilion dalam tempoh 5 tahun.

Sejak 2010, sejumlah $40 bilion telah dilaburkan dalam pembangunan tenaga geoterma. Sehingga kini, Amerika Syarikat (A.S) mendominasi industri geoterma dengan penghasilan sebanyak 4 GW, diikuti oleh Indonesia, Filipina, Turki dan Itali.

Menurut Audun Martinsen, Ketua Penyelidik Perkhidmatan Tenaga di Rystad Energy, kebanyakan projek geoterma ini masih dalam proses dan akan bersaing dengan sumber tenaga boleh diperbaharui lain seperti angin dan solar. Namun, jika dibandingkan dengan kedua-dua sumber ini, geoterma mempunyai kelebihan dari aspek keluasan kawasan. Hanya sedikit kawasan yang diperlukan untuk pembangunan geoterma untuk setiap MW tenaga elektrik yang dihasilkan.

Projek geoterma sebelum ini sinonim dengan negara yang mempunyai sumber entalpi yang tinggi dan gunung berapi yang aktif. Contohnya seperti Iceland, Itali dan Turki. Di Iceland, perigi geoterma digerudi mencecah kedalaman 2500 meter untuk mencapai empangan suhu yang tinggi sehingga mencecah 450 °C.

Pelan geoterma boleh dibangunkan di kawasan yang tidak mempunyai gunung berapi, tetapi memerlukan penggerudian yang lebih dalam untuk mendapatkan suhu yang sesuai. Tapak penghasilan tenaga elektrik yang dikuasakan oleh wap air memerlukan suhu air daripada 240°C kepada 300°C. Kira-kira 70% pengeluaran geoterma kebiasaanya digunakan untuk menjana tenaga elektrik.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *