TRADERTOWN.my

Elon Musk picture
Gambar oleh REUTERS

Ini rupanya sebab kenapa Elon Musk geram sangat dengan Apple!

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc (NASDAQ:TSLA), Elon Reeve Musk memerli Apple Inc. (NASDAQ:AAPL) sebanyak 2 kali semasa sesi panggilan pendapatan (earning call) Tesla semalam.

Pertama, Elon Musk membandingkan peratusan kobalt dalam bateri lithium-ion produk keluaran Tesla yang jauh lebih rendah iaitu hanya 2% sahaja berbanding hampir 100% peratusan kobalt dalam bateri produk keluaran Apple.

Perlombongan kobalt mendapat kritikan antarabangsa kerana dikaitkan dengan penggunaan tenaga buruh kanak-kanak.

Kedua, peminat Bitcoin itu turut membuat lawak hambar tentang ‘walled garden’ Apple. ‘Walled garden’ ini membolehkan Apple untuk mengawal jenis aplikasi di App Store yang boleh untuk dimuat turun di Iphone pengguna.

Elon Musk menyifatkan tindakan Apple ini adalah kuno dan terkebelakang kerana sepatutnya Apple perlu fokus dengan pembangunan tenaga mesra alam dan termaju untuk pembuatan produknya, bukannya menyekat kebebasan pengguna.

group signal

Persoalannya, kenapa Elon Musk sering tak puas hati dengan Apple?

Adakah tindakan memerli ini sebab beliau tidak berpuas hati memandangkan Apple sering dikaitkan dengan “pencurian bakat” daripada Tesla?

Contohnya isu perpindahan Doug Field. Doug Field merupakan bekas Naib Presiden Kejuruteraan Tesla dan telah berpindah khidmat semula kepada Apple untuk terlibat dalam projek rahsia dengan kod nama ‘Project Titan’.

Dikhabarkan bahawa ‘Project Titan’ merupakan projek kereta elektrik pandu sendiri keluaran Apple.

Terdapat khabar angin mengatakan Doug Field berpindah ke Apple berikutan perselisihan faham berkenaan projek Model 3 Tesla.

 

Nak join belajar trading percuma? Klik sini

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *