TRADERTOWN.my

makanan online picture
Gambar oleh Reuters

Syarikat makanan online terus berkembang, rezeki pandemik

Syarikat makanan online, Delivery Hero SE (ETR:DHER) mengambil alih 5.09% kepentingan dalam Deliveroo Plc (LON:ROO).

Ini menjadi antara sebab harga saham Deliveroo naik paling tinggi sejak penyenaraian syarikat itu pada bulan Mac lalu.

Deliveroo telah beroperasi di lebih 200 lokasi di seluruh dunia termasuklah United Kingdom, Belanda, Perancis, Itali, Australia, Singapura, Hong Kong, Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Join group telegram untuk perkongsian percuma saham global. Klik sini.

Platform makanan atas talian seperti Deliveroo, Delivery Hero, Uber Eats dan Just Eat Takeaway.com mendapat sambutan mengalakkan semasa pandemik memandangkan kebanyakkan orang memilih untuk order makanan online untuk lebih mudah berbanding keluar membeli sendiri di kedai.

Delivery Hero merupakan syarikat makanan atas talian diasaskan pada tahun 2011 yang beribu pejabat di Jerman.

Sehingga kini, Delivero Hero dan anak syarikatnya telah berjaya menembusi lebih 50 buah negara di seluruh dunia.

Antara anak syarikat popular milik Delivery Hero ialah Foodpanda.

Nak belajar teknikal analisis saham global. Klik link ini https://kelastradertown.wasap.my/

kelas saham picture

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *