TRADERTOWN.my

Gambar oleh Erin Scott

“Jangan takut! Jalanilah kehidupan seperti biasa”

Harga minyak meningkat hari ini apabila Presiden Amerika Syarikat (A.S), Donald Trump telah kembali ke White House setelah dimasukkan ke hospital bagi rawatan jangkitan virus COVID-19 pada Jumaat lalu.

Trump yang kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka cuba untuk memberikan kata-kata semangat kepada rakyat Amerika agar menjalankan kehidupan seperti biasa dan tidak perlu takut kepada wabak koronavirus ini.

Harga minyak sebelum ini jatuh dengan mendadak Jumaat lalu apabila Trump dimasukkan ke hospital sebelum naik semula sebanyak 5% pada hari Isnin lepas apabila Trump memberi kenyataan bahawa beliau bakal kembali ke White House.

Harapan yang cerah untuk rundingan pakej rangsangan ekonomi A.S juga membantu untuk melawan impak pandemic wabak koronavirus ini. Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) meningkat 2 sen kepada $39.24/barel manakala Brent meningkat 8 sen kepada $41.37/barel.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *