TRADERTOWN.my

Gambar oleh BreakbulkNews

Hikmah dalam musibah?

Harga minyak terus naik apabila mogok pekerja berterusan di Norway mengakibatkan penutupan 6 pelantar medan minyak dan gas. Pengosongan platform minyak di Teluk Mexico, Amerika Syarikat (A.S) susulan kejadian Ribut Tropika Delat menghala ke Louisiana dan Florida turut mendorong kepada kenaikan harga minyak.

Menurut Lachlan Shaw, ketua penyelidikan komoditi di National Australia Bank (OTC:NABZY) berkata bahawa faktor pembekalan yang berubah dalam tempoh 24 jam banyak menyumbang kepada peningkatan harga minyak tersebut.

Mogok di Norway akan memotong kapasiti pengeluaran negara kira-kira lebih 330,000 barel sehari bersamaan dengan 8% jumlah pengeluaran, menurut Pertubuhan Minyak dan Gas Norway.

Mampukah pemotongan pengeluaran ini menyelesaikan sepenuhnya isu kekurangan permintaan minyak mentah akibat kelembapan ekonomi sejak dunia dilanda pandemic COVID-19?

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *