TRADERTOWN.my

Gambar oleh Getty Images

Krisis minyak terburuk, Aramco cuba bangkit

Syarikat penghasil minyak terbesar di dunia, Saudi Aramco bertindak menggandakan minyak. Ini merupakan usaha terbaru syarikat milik Arab Saudi itu untuk menahan krisis yang disebabkan oleh kemerosotan permintaan minyak terburuk dalam sejarah.

Saudi Aramco bertekad untuk memanfaatkan sepenuhnya permintaan pasaran dan cuba sehabis baik untuk mendapatkan setiap sen daripada hasil rizab minyak Arab Saudi.

Tidak seperti kebanyakkan syarikat minyak antarabangsa yang lain, Saudi Aramco tidak berikrar untuk bertukar kepada tenaga berkarbon rendah atau sifar pelepasan. Sebaliknya, bagi Saudi Aramco, nadi utamanya adalah menyalurkan minyak berkos rendah di Arab Saudi dan akan kekal begitu selagi mana dunia masih memerlukan minyak.

Tetapi seperti Big Oil, Saudi Aramco perlu mendengar kata pemegang sahamnya. 98% pegangan saham Saudi Aramco adalah milik kerajaan Arab Saudi yang mana akan mempengaruhi strategi syarikat, cukai, polisi dividen dan tahap penghasilan minyak.

Bagi syarikat gergasi minyak itu, keuntungan yang rendah tetapi hutang yang tinggi memberikan kesan secara langsung kepada kerajaan dan menganggu perancangan untuk menguatkan ekonomi Arab Saudi menjelang tahun 2030 menggunakan hasil minyak. Saudi Aramco juga sekarang telah mengantung sebentar usahasama pelaburan membabitkan 10 bilion USD untuk membangunkan kompleks penapisan dan petrokimia di China.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *