TRADERTOWN.my

Gambar oleh Satelit Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Amerika Syarikat

Taufan Delta: apabila alam berbicara

Persisiran Teluk Mexico Amerika Syarikat (A.S) berdepan tamparan hebat apabila dibadai Taufan Delta, mengakibatkan penghentian operasi pengeluaran gas asli di sebilangan besar kawasan.

Taufan Delta merupakan antara Taufan yang besar, dijangka akan lebih kuat pada hari Jumaat ini. Kelajuan anginnya mencecah 120 batu sejam.

Bencana alam ini telah mengakibatkan penutupan 92% pengeluaran teluk bersamaan dengan 1.67 juta barel sehari. Penutupan ini adalah yang terbanyak sejak 2005 apabila Taufan Katrina memusnahkan lebih 100 platform luar pesisir dan mengakibatkan gangguan pengeluaran selama berbulan-bulan.

Harga minyak menurun pada awal dagangan waktu Asia, hari Jumaat, tetapi masih lagi dalam keadaan menaik kira-kira 10% untuk minggu ini. Perkara ini didorong oleh penghentian pengeluaran di Teluk Mexico dan pertelingkahan buruh di Laut Utara.

Taufan Delta akan semakin lemah apabila menghampiri pantai tetapi dianggarkan masih lagi kekal sebagai ribut dalam Kategori 3 dalam skala Saffir-Simpson.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *