TRADERTOWN.my

krisis ukraine picture
Gambar oleh Kenny Holston/Getty Images

Krisis Ukraine Temui Jalan Buntu: Mata Wang Yen Naik?

Mata wang Yen Jepun (JPY) naik menghampiri ke paras tertinggi dalam tempoh 3 minggu manakala mata wang Euro turun ke paras terendah dalam tempoh seminggu.

Yen naik 0.2% kepada 114.50 berbanding USD manakala Euro jatuh 0.1% kepada $1.1297.

JPY merupakan antara aset mata wang safe haven dan kebiasaannya akan naik semasa keadaan geopolitik tidak stabil.

Mata wang Rouble Rusia naik 3% berbanding dolar manakala mata wang Ukraine jatuh 1%.

Kenaikan mata wang Yen ini didorong oleh ketegangan di Ukraine yang dilihat kembali meningkat setelah Rusia mengarahkan tentera mereka untuk berada di Timur Ukraine. Negara barat lain pula memberi amaran akan mengenakan sekatan ke atas Rusia sekiranya Rusia masih berdegil dengan perkara ini.

Dalam perkembangan terbaharu krisis geopolitik ini, Presiden Rusia Vladimir Putin telah mengarahkan penempatan tentera ke dua wilayah autonomi di Donetsk dan Luhansk, Timur Ukraine.

Bercakap mengenai krisis Ukraine ini, sebenarnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pasport Rusia telah diberikan kepada sejumlah besar orang di Donetsk dan Luhansk. Putin pernah berkata Ukraine moden telah “dicipta” oleh Soviet Rusia, merujuk kepada negara itu sebenarnya adalah sebagai “tanah Rusia purba”.

Map of eastern Ukraine
Foto : bbc.com

Putin merujuk kepada Rusia telah “dirompak” semasa kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, menuduh Ukraine sebagai “jajahan AS” yang dikendalikan oleh kerajaan boneka, dan mendakwa bahawa orang ramai menderita di bawah kepimpinan sekarang.

Jerman, Britain, Perancis dan Amerika Syarikat bersetuju untuk bertindak balas terhadap tindakan Rusia ini dengan mengenakan sekatan lebih ketat.

Pertemuan yang dirancang antara Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara A.S. Antony Blinken pada Khamis kini bakal menjadi tumpuan menjelang kemungkinan sidang kemuncak pemimpin A.S.-Rusia pada hari Jumaatnya.

 

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *