TRADERTOWN.my

runding picture

A.S Sedia Runding Isu Rusia-Ukraine, JPY Kembali Turun

Mata wang Yen Jepun kembali turun setelah pasaran kembali senyum berikutan kemungkinan bakal berlaku proses rundingan antara Rusia dan Amerika Syarikat berkenaan dengan konflik di Ukraine.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken telah menerima jemputan untuk bertemu dengan Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov pada lewat minggu hadapan dengan syarat Rusia tidak menyerang Ukraine.

Ini memberikan sedikit kelegaan selepas berlaku konflik serangan antara tentera Ukraine dan puak pemisah yang disokong Rusia semalam.

Walaupun kedua-dua pihak telah berperang selama bertahun-tahun dan gencatan senjata dilanggar secara berkala, insiden serangan semalam masih lagi menimbulkan ketakutan Barat terhadap kemungkinan pencerobohan Rusia di Ukraine.

Sebelum ini, mata wang Yen Jepun (JPY) dan Swiss Franc (CHF) naik berikutan peningkatan ketegangan konflik di Ukraine.

JPY dan CHF adalah antara mata wang safe haven dan menjadi pilihan pelabur semasa berdepan dengan risiko ketidaktentuan geopolitik.

Sementara itu, mata wang Pound Britain didagangkan pada $1.3605, disokong oleh jangkaan pasaran akan berdepan dengan lebih banyak polisi monetari yang lebih ketat daripada Bank England.

 

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *