TRADERTOWN.my

minyak naik picture
Gambar oleh Andrey Rudakov | Bloomberg | Getty Images

Minyak Naik: Krisis Ukraine-Rusia Semakin Memburuk

Minyak naik semasa sesi pagi pasaran Asia.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) naik 0.07% kepada $91.97 manakala niaga hadapan minyak mentah Brent naik 0.56% kepada $93.90.

Antara faktor kenaikan ini adalah kebimbangan terhadap konflik geopolitik di Ukraine yang mana Rusia telah mengarahkan tenteranya untuk berada di wilayah pertikaian di Timur Ukraine.

Harga minyak naik semasa konflik kerana tentera memerlukan tenaga dan juga potensi bekalan minyak akan terganggu disebabkan oleh risiko bahaya penghantaran minyak antara negara.

Kesatuan Eropah dan negara barat lain terutamanya Amerika Syarikat telah memberi amaran akan mengenakan sekatan ke atas Rusia. Tetapi, amaran ini nampaknya tidak diendahkan oleh Rusia.

Namun begitu, Amerika Syarikat memberi jaminan tiada gangguan terhadap eksport bekalan minyak mentah sekiranya sekatan dikenakan. Rusia merupakan antara pengeksport minyak terbesar kepada Amerika Syarikat.

Hal ini kerana, sekatan tersebut lebih disasarkan kepada institusi kewangan Rusia.

Sementara itu, pelabur perlu berhati-hati dengan kemungkinan peningkatan bekalan minyak daripada Iran meskipun sesetengah penganalisi berpendapat ianya adalah mustahil. Hal ini kerana, Iran dilihat masih lagi kekurangan dari segi pelaburan infrastruktur untuk meningkatkan penghasilan minyak mentahnya.

Dapatkan signal dan belajar trading percuma. Join TELEGRAM TRADERTOWN. 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *