TRADERTOWN.my

NYSE picture
Gambar oleh bloomberg.com/quicktake

Oh, baru tahu begini rupanya cara NYSE berfungsi!

Bagaimanakah cara NYSE berfungsi?

Sekarang kita dah tahu apa itu NYSE. Jadi persoalannya, bagaimanakah caranya pasaran saham ini berfungsi? Secara mudahnya, terdapat dua cara perdagangan dan pelaburan yang digunakan iaitu melalui broker dan bidaan elektronik.

Broker merupakan antara entiti yang aktif berdagang stok di NYSE. Pembeli dan penjual membida sekuriti pada harga tertinggi. Broker mewakili entiti yang membeli stok dan terdiri sama ada dari syarikat broker runcit ataupun pelabur institusi seperti dana pencen.

Broker akan meletakkan harga bidaan iaitu harga yang mana pedagang sanggup bayar bagi sesuatu stok tersebut.

Jadi apabila broker pertama tersebut ingin menjual (sell order), order tersebut tidak akan dikira lengkap sehinggalah pihak pengedar (dealer) di NYSE menjumpai broker lain untuk membeli stok tersebut. Tetapi, sebelum berdagang, broker dan dealer mestilah mempunyai lesen dan kelulusan daripada NYSE.

Akhirnya, dealer pun jumpa dengan broker yang ingin membeli stok tersebut daripada broker penjual (seller) pertama tadi. Broker yang ingin membeli ini (buyer) akan meletakkan harga yang diminta (ask price) yang mana kebiasaannya akan lebih tinggi daripada harga bidaan (bid price).

kelas saham

Untuk mudah faham, dealer ni ibarat ejen jual beli rumah, yang menguruskan urusniaga antara pembeli dan penjual rumah. Dealer akan mendapatkan keuntungan berdasarkan perbezaan harga ask dan bid dan setelah ditolak dengan yuran serta perbelanjaan lain.

Kebiasaanya, transaksi dilakukan secara elektronik. Sebuah komputer boleh diibaratkan seperti dealer yang akan menyesuaikan kehendak buyer dan seller.

Bila waktu operasi NYSE ni?

Loceng pembukaan NYSE berbunyi pada pukul 9.30 pagi sementara loceng penutupan pada pukul 4 petang. Tradisi ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 1870 tetapi menggunakan gong Cina. Namun pada tahun 1903, setelah NYSE berpindah ke lokasi yang sekarang ini, ia bertukar kepada loceng tembaga.

Loceng digunakan untuk menyambut sebarang acara yang melibatkan kewangan besar di Bandar New York. Sebenarnya, ianya adalah suatu penghormatan sekiranya kita diberi peluang untuk membunyikan loceng tersebut. Contohnya, jika sesebuah syarikat diisukan Initial Public Offering (IPO) bersama NYSE, maka Presiden syarikat tersebut dapat membunyikan loceng tersebut sebagai tanda penghormatan.

Terdapat 9 cuti umum di A.S yang mana pasaran saham ini akan ditutup iaitu pada Hari Tahun Baru, Hari Martin Luther King, Sambutan Ulang Tahun Washington, Good Friday, Hari Peringatan, Hari Kemerdekaan A.S (4 Julai), Hari Buruh, Hari Kesyukuran, and Hari Krismas (25 Disember). Selain itu, NYSE juga ditutup awal pada jam 1.00 petang semasa hari Black Friday dan Ambang Hari Krismas (24 Disember).

 

 

 

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *