TRADERTOWN.my

Gambar oleh Carlos Barria

Pakej Ransangan: sandiwara politik semata-mata?

Minyak naik lebih rendah di Asia, hampir $40 barel, didorong oleh pasaran yang suram bagi ransangan fiskal Amerika Syarikat (A.S) sebelum pilihanraya pada November ini.

Niaga hadapan di New York turun 0.3% setelah melantun 2% pada hari Selasa. Saham A.S menyusut rendah setelah Jurucakap White House, Nancy Pelosi menolak cadangan daripada pemimpin Senat Republikan, Mitch McConnell.

Cadangan yang ditolak itu adalah pendekatan berskala kecil untuk ransangan baru dan menuntut tawaran yang dirombak daripada White House. Dolar A.S yang kuat juga menggurangkan daya tarikan komoditi yang dinilai menerusi matawang.

Sebelum ini, minyak mentah berjaya mengatasi kerugian pada Isnin lalu setelah data menunjukkan import China meningkat 2.1% bulan ke bulan pada September. Peningkatan ini menunjukkan permintaan yang semakin baik dalam pasaran ekonomi terbesar Asia ini.

Niaga hadapan minyak mentah didagangkan dalam julat yang kecil bulan ini. Seluruh dunia terutama negara di Eropah sedang bertarung dengan pandemik koronavirus dan memberi kesan kepada kemajuan ekonomi mereka.

Sementara itu, Dana Kewangan Dunia (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi dunia akan menghadapi ketidaktentuan pemulihan sehingga vaksin ditemui.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), permintaan minyak akan mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali pulih dan akan mencapai kemuncak pada paras yang rendah. Penggunaan minyak di peringkat global dijangka pulih pada tahun 2023.

Organisasi Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) merendahkan jangkaan bekalan setelah pesaingnya di Amerika Syarikat (A.S) mengalami impak harga rendah.

Kumpulan pengeluar dan sekutunya akan mengadakan perbincangan pada hari Isnin untuk membincangkan sama ada tindakan mereka untuk memotong bekalan tahun ini patut diteruskan atau tidak selepas ini. Perkara ini untuk menilai adakah tindakan itu dapat menyeimbangkan pasaran global atau tidak.

Menurut Menteri Tenaga Emeriah Arab Bersatu (UAE), pengeluar OPEC+ bercadang untuk menggurangkan pengeluaran sehingga 2 juta barel sehari pada Januari.

Sementara itu, margin penapisan semakin teruk, didorong oleh kejatuhan harga minyak menjadikan penapisan minyak mentah mendapat keuntungan yang rendah. Jumlah margin untuk gasoline dan diesel jatuh kepada $9 barel sehari pada hari Selasa dan merupakan yang terendah sejak tahun 2009. Di Eropah, penghasilan minyak di penapisan Galp Energia telah digantung sejak 10 Oktober, setelah keadaan pasaran memaksa syarikat itu untuk menjalankan plan peralihan operasi bagi sistem penapisan.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *