TRADERTOWN.my

Gambar oleh Al-Jazeera

Persengketaan politik, ekonomi menjadi mangsa!

BP plc akan meningkatkan keselamatan aset minyak dan gas serta operasinya di Azerbaijan selepas insiden serangan berhampiran perpaipan minyak pentingnya. Serangan itu berlaku susulan peningkatan ketengangan konflik yang berlaku antara Armenia dan Azerbaijan.

 

Syarikat minyak dan gas multinasional itu yang beribu pejabat di London merupakan syarikat ke-6 terbesar di dunia dalam industri ini. BP memulakan operasinya di Azerbaijan sejak tahun 1995.

 

Armenia dan Azerbaijan bertingkah selama berdekad lamanya berkenaan dengan wilayah Nagorno-Karabakh, kawasan yang mana secara rasminya milik Azerbaijan tetapi ditadbir oleh etnik Armenia.

 

Pertembungan terbaru antara pasukan Armenia dan Azerbaijan telah mengakibatkan kematian ratusan orang termasuk masyarakat awam. Permusuhan itu yang menjadi semakin buruk pada penghujung September adalah antara pertembungan yang terbesar di kawasan itu sejak tahun 1994. Gencatan senjata pada tahun 1994 sebelum ni berjaya mengakhiri persengketaan.

 

Selasa lalu, Azerbaijan menuduh Armenia sengaja mensasarkan perpaipan Baku-Tbilisi-Ceyhan (BTC). Walau bagaimanapun, tuduhan itu disangkal keras oleh setiausaha akhbar Menteri Pertahanan Shushan Stepnian.

Kongsi Melalui:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *